TENIK JAWABAN KOMSAS SPM
PUISI
TRADISIONAL
PANTUN
LAPAN KERAT
Buat
bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman
menanam kubis,
Diselang
dengan pokok papaya;
Biarlah
sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah
digoncang iblis,
Akhirnya
tuan menang berjaya.
Ikan
teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim
tengkujuh,
Dapat
buruan di belah-belah;
Bukan
makhluk sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dari
langit ketujuh,
Jadi
khalifah kepada Allah.
Lengkang-lengkung
apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh
orang di darat,
Anak
Cik Itam jatuh jalar;
Bumi
kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur
dinodai Barat,
Bahasa
ibunda hina terbiar.
(i)
Apakah keistimewaan orang yang sabar
berdasarkan pantun di atas? [3 markah]
Contoh
Jawapan:
Keistimewaan
orang yang sabar berdasarkan pantun Lapan Kerat ialah tanda seseorang itu
beriman. Selain itu, orang yang sabar tidak mudah digoda oleh iblis.
Seterusnya, seseorang yang sabar akan mencapai berjaya.
(ii)
Pada pendapat anda, apakah punca
penularan budaya Barat dalam kalangan
remaja kita pada hari ini? [3
markah]
Contoh
Jawapan:
Pada
pendapat saya, punca penularan budaya Barat dalam kalangan remaja kita pada
hari ini ialah media massa tidak dapat dikawal oleh pihak tertentu. Selain itu,
punca penularan yang lain iaitu kurangnya penghayatan agama dalam diri remaja kita
pada masa ini. Seterusnya, remaja menganggap budaya Barat sebagai lambang
ketamadunan yang disanjungi.
(iii)
Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat
dalam pantun di atas. [3 markah]
Contoh
Jawapan:
Pengajaran
yang terdapat dalam pantun tersebut ialah kita hendaklah sabar dalam menjalani
kehidupan agar kita beroleh kejayaan.
Selain itu, kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin supaya
dapat berlaku adil dalam pentadbiran. Seterusnya, kita janganlah merosakkan
budaya dan bahasa Melayu agar dapat generasi pada masa akan datang dapat
mewarisinya.