Powered By Blogger

Thursday, 14 June 2012

Seruling Desa 3



KARANGAN BAHAGIAN A (BERDASARKAN BAHAN RANSANGAN)

Lihat gambar dibawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlaku masalah jerebu di Malaysia. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 perkataan.

Isi  1    :           Pembakaran terbuka
Isi  2    :           Asap kenderaan
Isi  3    :           Asap kilang


PENDAHULUAN

Ayat 1:
TEMA
Kait dengan isu semasa
Akhir-akhir ini/Pada masa ini/Kebelakangan ini/Mutakhir/Mayapada/Marcapada
Tema
Isu berkaitan dengan... (nyatakan tema)
Sasaran
Dalam kalangan pelajar/remaja/masyarakat/belia
Prioriti
Saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita.
Ayat 2:
JUSTIFIKASI
Wacana
Justeru, /Sehubungan dengan itu, /Menyedari hakikat ini,
Saranan
Semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan/hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih/yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
Ayat 3:
TUGASAN
Persoalannya, apakah… (salin tema dalam soalan) dan berakhir dengan tanda soal (?)

ISI PERTAMA
Ayat Topik
GAPO
Rumus
Pada pendapat saya/Pada hemat saya/Pada pandangan saya, + (KATA KUNCI –  tanpa gandaan) + yang paling utama/efektif/dominan + ialah + (ISI =AYAT MAJMUK)
Ayat 1
Pada pendapat saya, punca berlaku jerebu di Malaysia ialah masyarakat melakukan pembakaran secara terbuka.
Ayat Huraian
BAKPO
Rumus
Hal ini dikatakan demikian kerana + Pasifkan Isi + Pelaku + Impak
Ayat 2
Hal ini dikatakan demikian, pembakaran hutan secara besar-besaran oleh masyarakat mengakibatkan berlakunya suhu ataupun keadaan cuaca yang terlalu panas yang tinggi terhadap sesuatu tempat. Selain itu, pembakaran hutan secara terbuka juga boleh berlaku apabila pengusaha-pengusaha kayu balak membakar sisa-sisa hutan dan sisa-sisa pertanian untuk penanaman semula juga menyebabkan berlakunya jerebu.
Ayat Contoh
LAGU MANA
Rumus
Contohnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema
Ayat 3
Contoh pembakaran terbuka pembakaran sisa pertanian secara yang boleh dikaitkan dengan negara Indonesia. Jerebu yang berlaku kesan pembakaran terbuka mendatangkan  impak negatif kepada rakyat di negara tersebut.
Ayat Penegas
YO LO KO NI
Rumus
Tegasnya, + isi pertama  + tugasan
Ayat 4
Tegasnya, pembakaran hutan secara terbuka merupakan punca berlakunya jerebu kepada sesebuah negara.



ISI KEDUA
Ayat Topik
GAPO
Rumus
Selain itu, + Isi Kedua yang telah ditransformasikan + Tugasan
Ayat 1
Selain itu, punca berlakunya jerebu disebabkan pengeluaran asap kenderaan yang tidak mengikut piawaian alam sekitar yang di tetapkan
Ayat Huraian
BAKPO
Rumus
Saya berpendapat demikian kerana + Pasifkan Isi + pelaku + impak
Ayat 2
Saya berpendapat demikian kerana, pengeluaran  asap kenderaan yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyebabkan berlaku pencemaran udara. Pengeluaran asap secara berlebihan berlaku akibat pengubahsuaian sistem ekzos kenderaan juga akan menyebabkan asap kenderaan tidak ditapis dengan baik, seterusnya mengakibatkan pengeluaran asap yang tidak terkawal dan mencemarkan udara.
Ayat Contoh
LAGU MANA
Rumus
Tamsilnya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema
Ayat 3
Tamsilnya, pengeluaran asap kenderaan yang tidak terdakwal berlaku terhadap kenderaan lama yang telah diubahsuai untuk menambah kuasa sistem sesebuah kenderaan bergerak di jalan raya. Asap kenderaan juga dikategorikan sebagai asap beracun kerana asap kenderaan mengandungi karbon monoksida. Pelepasan asap yang begitu banyak akan menyebabkan banyak asap terkumpul lalu menyebabkan jerebu
Ayat Penegas
YO LO KO NI
Rumus
Memang tidak dapat dinafikan + tugasan + isi kedua
Ayat 4
Memang tidak dapat dinafikan, pengeluaran asap kenderaan yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan setiap hari juga menjadi punca berlakunya jerebu di negara kita

ISI KETIGA
Ayat Topik
GAPO
Rumus
Disamping itu, Tugasan + yang berikutnya ialah + Isi 3
Ayat 1
Disamping itu, asap dari kilang juga menyumbang ke arah   punca berlakunya jerebu di negara ini
Ayat Huraian
BAKPO
Rumus
Hal ini demikian + Pasifkan Isi + pelaku + impak
Ayat 2
Hal ini demikian, penubuhan kilang yang tidak terkawal menyebabkan pengeluarkan asap terlalu banyak di satu-satu kawasan perindustrian di negara kita telah menggalakan banyak kilang didirikan “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”.
Ayat Contoh
LAGU MANA
Rumus
Buktinya, + isi yang dipasifkan + bukti yang relevan + kaitkan dengan tema
Ayat 3
Buktinya, dapat kita lihat tempat yang mendorong berlakunya masalah jerebu yang tidak terkawal seperti  kawasan perindustrian Pengkalan Chepa, Shah Alam, Johor Bharu dan tempat-tempat lain
Ayat Penegas
YO LO KO NI
Rumus
Tuntasnya + isi 3 + tugasan
Ayat 4
Tuntasnya, pembebasan asap dari kilang merupakan salah satu punca berlakunya jerebu di Malaysia.

KESIMPULAN
Saranan + Harapan
Rumus
Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema + Harapan
Ayat 1
Kesimpulannya, masalah jerebu merupakan isu pencemaran yang besar bagi seluruh masyarakat di Malaysia. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin marilah kita sama-sama bersatu padu “bagai aur dengan tebing” untuk membasmi masalah ini agar jerebu tidak lagi berlaku di negara kita
Seruan
Rumus
Seruan (hafal dan ubah suai)
Ayat 2
Alam sekitar yang bersih dan damai mampu mewujudkan masyarakat yang sihat dan produktiviti tinggi seterusnya membentuk negara harmoni.




TAJUK : PUNCA JEREBU DI MALAYSIA

Contoh Karangan Lengkap

            Marcapada ini, isu-isu pencemaran alam sekitar hangat diperkatakan di arus media perdana. Kemajuan dan perkembangan dalam bidang teknologi telah menggalakkan media massa seperti televisyen, radio, surat khabar dan sebagainya untuk mengwara-warakan masalah pencemaran di negara kita terutamanya masalah jerebu. Beberapa tahun belakangan ini negara kita telah dikejutkan dengan masalah jerebu yang telah membantutkan aktiviti harian masyarakat. Ramai kakitangan kerajaan mahupun swasta tidak dapat melaksanakan tugas mereka di tempat kerja, malah para pelajar tidak dapat menghadiri sesi persekolahan seperti biasa. Persoalannya sekarang adalah apakah punca-punca berlakunya jerebu di negara ini?

            Pada pendapat saya, Salah satu punca berlakunya jerebu di negara ini adalah disebabkan pembakaran hutan secara terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembakaran hutan secara besar-besaran akan mengakibatkan berlakunya suhu ataupun keadaan cuaca yang terlalu panas yang tinggi terhadap sesuatu tempat. Selain itu, pembakaran hutan secara terbuka juga boleh berlaku apabila pengusaha-pengusaha kayu balak membakar sisa-sisa hutan. Akibat daripada pembakaran yang terlalu besar, asap yang dibebaskan ke udara menjadi banyak dan membentuk satu satu lapisan asap di udara. Keadaan ini dinamakan sebagai jerebu yang boleh membahayakan kesihatan seperti  menyebabkan radang paru-paru, batuk dan sebagainya. Contoh yang terdekat dengan negara kita iaitu Indonesia, telahpun berlaku jerebu yang begitu besar dan telah memberi impak negatif kepada rakyat di negara tersebut. Negara kita juga turut merasai kesannya sementelah Indonesia merupakan negara jiran kepada Malaysia yang melakukan pembakaran sisa pertanian secara terbuka. Konklusinya, pembakaran hutan secara terbuka merupakan punca berlakunya jerebu kepada sesebuah negara.

            Selain itu, punca berlakunya jerebu di negara Malaysia juga disebabkan oleh pengeluaran asap kenderaan yang tidak mengikut piawaian alam sekitar yang di tetapkan. Kajian telah menunjukkan hampir satu juta buah kereta yang digunakan pada setiap pagi di ibu kota Kuala Lumpur. Hal ini menunjukkan betapa banyaknya kenderaan yang digunakan dan mengeluarkan  asap kenderaan yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan dibebaskan setiap hari. Pengeluaran asap secara berlebihan berlaku akibat pengubahsuaian sistem ekzos kenderaan yang menyebabkan asap kenderaan tidak ditapis dengan baik, seterusnya mengakibatkan pengeluaran asap yang tidak terkawal. Misalnya, berlaku terhadap kenderaan lama yang telah diubahsuai untuk menambah kuasa sistem sesebuah kenderaan bertenaga diatas jalan raya. Asap kenderaan dikategorikan sebagai asap beracun kerana asap kenderaan mengandungi karbon monoksida. Pelepasan asap yang begitu banyak akan menyebabkan banyak asap terkumpul lalu menyebabkan jerebu. Natijahnya, pelepasan asap kenderaan yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan setiap hari juga menjadi punca berlakunya jerebu di negara kita.

            Disamping itu, asap dari kilang juga menyumbang ke arah punca berlakunya jerebu di negara ini. Perkembangan perindustrian di negara kita telah menggalakan banyak kilang didirikan “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”. Segala jenis kilang yang merangkumi kilang makanan, kilang pakaian, Kilang elektronik  dan lain-lain lagi. Pastinya penjanaan tenaga untuk kilang beroperasi akan mengeluarkan asap yang terlalu banyak sehingga terjadinya jerebu. Oleh itu, banyak kilang yang aktif beroperasi semakin banyaklah asap yang dilepaskan ke udara. Buktinya, dapat kita lihat tempat yang mendorong berlakunya masalah jerebu yang tidak terkawal seperti  kawasan perindustrian Pengkalan Chepa, Shah Alam, Johor Bharu dan tempat-tempat lain. Kepulan asap di udara akan dibawa oleh angin dan disebarkan ke ruang udara menyebabkan sebahagian besar masyarakat akan merasai pencemaran tersebut yang mewujudkan jerebu. Tuntasnya, pembebasan asap dari kilang merupakan salah satu punca berlakunya jerebu di Malaysia.

            Kesimpulannya, masalah jerebu merupakan isu pencemaran yang besar bagi seluruh masyarakat di Malaysia. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin marilah kita sama-sama bersatu padu “bagai aur dengan tebing” untuk membasmi masalah ini agar jerebu tidak lagi berlaku di negara kita. Alam sekitar yang bersih dan damai mampu mewujudkan masyarakat yang sihat dan mempunyai produktiviti tinggi seterusnya membentuk negara harmoni.
                                                                                                                                        


No comments:

Post a Comment